Salam Maulidur Rasul Tahun 2024
Pengertian Maulidur Rasul
Maulidur Rasul yang lebih dikenali sebagai Maulud Nabi Muhammad SAW bersempena hari kelahiran Nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT dalam Islam, iaitu Baginda Nabi Muhammad SAW. Ini kerana asal perkataan “maulid” berasal dari bahasa Arab ولد (wa-la-da) yang bermaksud “kelahiran” atau “keturunan”. Perkataan ini merujuk kepada perayaan Maulidur di Malaysia serta menyambut Maulud Nabi dengan berbagai aktiviti keagamaan seperti perarakan, ceramah agama, dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran turut diadakan.
Tarikh Maulidur Rasul Tahun 2024
Tarikh rasmi bagi Maulidur Rasul adalah pada jatuh pada 16 September 2024 iaitu pada hari isnin.
Sejarah Maulidur Rasul
Sejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW sekitar tahun 570 Masihi. Setelah kehilangan ibunya pada masa kecil, Baginda dibesarkan oleh bapa saudaranya. Awal kehidupan Baginda diisi dengan penggembalaan dan perdagangan. Pada usia sekitar 40 tahun, Baginda mulai menyeru orang ramai dan berdakwah hampir sepuluh ribu pengikutnya untuk menguasai kota Mekah. Wafatnya Baginda pada tahun 632 Masihi menandakan bahawa akhir perjalanan Baginda setelah menyatukan tanah Arab menjadi satu Muslim tunggal.
Sementara itu sejak zaman awal Islam, tradisi seperti ini telah dimulai, dengan Tabi’in menyusun syair dan lagu yang memuji Rasulullah SAW. Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233 M) dikenal sebagai penguasa Islam pertama yang secara rasmi mengadakan perayaan Maulidur Rasul.
Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan oleh pihak sekolah
Tujuan Sambutan Maulidur Rasul
Tujuan sambutan ini telah menjadi topik perdebatan hangat di kalangan umat Islam kerana ada pihak menganggapnya sebagai bidaah (inovasi dalam agama). Namun demikian sambutan ini dianggap sebagai cara yang sah untuk menghormati dan mengenang perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah untuk menyebarkan keimanan kepada Allah SWT. Dari segi pandangan Imam Al-Syafii menyatakan bahawa selama sambutan ini tidak bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah, pandangan para ulama dan kesepakatan umat Islam. Maka dengan ini tidak boleh dianggap sebagai bidaah yang salah.
Salah satu caranya adalah untuk menghayati ajaran dan teladan Nabi dalam beragama, termasuk dalam aspek ibadah, akhlak, dakwah, serta cinta dan kasih sayang terhadap sahabat dan umatnya. Sambutan ini juga bertujuan untuk memperkuat keyakinan dan meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.